Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak

Sabtu, 25 Februari 2012


BAB 6
PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK DAN SABAH


6.1 PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK

• Sarawak dikuasai oleh keluarga Brooke
• Tahun 1941 Charles Vyner Brooke perkenalkan Perlembagaan 1941 sempena Perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak
• Perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Sarawak diserang oleh Jepun dari tahun 1941 hingga 1945

Sarawak Selepas Kekalahan Jepun:
• Selepas PD II British perkenalkan Pentadbiran Tentera British (PTB) pada 10 September 1945
• Antara peranan PTB ialah;
i. Mengembalikan ketenteraman Sarawak
ii. Memulihkan ekonomi Sarawak
iii. Mengemas kini pentadbiran Sarawak

• Sarawak dikuasai PTB sehingga 1 Julai 1945

SARAWAK DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN BRITISH

• British berusaha mengambil alih pentadbiran Sarawak daripada keluarga Brooke
• Charles Vyner Brooke ambil keputusan serahkan Sarawak kepada British
• Charles Vyner Brooke merupakan Raja Putih Sarawak yang terakhir
• Antara sebab2 yang mendorong penyerahan Sarawak kepada British;
i. Desakan kerajaan British agar keluarga Brooke serahkan Sarawak demi pelaburan British terjamin di Sarawak
ii. Pertikaian keluarga Brooke – Charles Vyner Brooke sudah tua & ingin bersara tetapi tiada waris pengganti kecuali anak saudaranya Anthony Brooke
iii. Masalah kewangan kerana Sarawak musnah akibat perang & Charles Vyner Brooke tidak mempunyai sumber kewangan untuk bangunkan semula Sarawak

Peristiwa Penyerahan Sarawak:
• Disember 1945 rundingan dibuat antara Charles Vyner Brooke dengan British
• Brooke diwakili Gerard T. MacBryan diutus untuk dapatkan tandatangan ketua2 bumiputera & pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak
• Gerard T. MacByran berjaya mendapatkan persetujuan dengan cara tipu helah
• 8 Februari 1946 Charles Vyner Brooke isytiharkan keputusan persetujuan Majlis Tertinngi Sarawak untuk serahkan Sarawak kepada British
• timbulkan bantahan pelbagai pihak terutama orang Melayu & Iban
• Akibatnya Pejabat Tanah Jajahan meminta Charles Vyner Brooke dapatkan persetujuan penyerahan Sarawak secara perundangan & demokrasi
• Charles Vyner Brooke merujuk kepada Majlis Negeri
• Setelah bersidang selama 3 hari Majlis Negeri luluskan Rang Undang2 Penyerahan Sarawak atau Cession Bill
• 18 undi menyokong penyerahan & 16 undi menentang
• Usul penyerahan disokong oleh ahli bukan bumiputera
• Pada 1 Julai 1946 British isytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British
• Sir Charles Arden Clarke dilantik Gabenor British pertama di Sarawak

GERAKAN ANTIPENYERAHAN DI SARAWAK

• Penyerahan Sarawak kepada British dibantah orang Melayu & Iban
• Gerakan ini berlaku dari 1946 hingga 1949
• Masyarakat Melayu diketuai Datu Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datu Patinggi Haji Mohammad Kassim
• Beliau merupakan ketua datu2 masyarakat Melayu & kaum Melayu terpelajar & seorang bekas guru
• Bantahan turut disertai oleh;
i. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
ii. Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPMS)
iii. Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
iv. Persatuan Dayak Sarawak (PDS)

• Gerakan penentangan ini dikenali sebagai Gerakan Antipenyerahan Sarawak

Faktor Berlakunya Gerakan Antipenyerahan Sarawak:
• Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 Sarawak yang menjanjikan kerajaan sendiri
• Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan ketua2 bumiputera & melalui tipu muslihat
• Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke (anak saudara) dilantik sebagai Rajah Sarawak yang baru demi meudahkan tuntutan kemerdekaan Sarawak

PENENTANGAN & REAKSI BRITISH

Cara Penentangan:
i. Menghantar Surat Bantahan
• Golongan antipenyerahan bertindak menghantar surat bantahan, kawat & telegram kepada British
• British tidak mengendahkan bantahan

ii. Menampal Poster
• Poster ditampal di seluruh pelosok kampung
• Setiap kampung dikerah membuat poster & sepanduk
• Antara kata2 yang ditulis ialah;
a. “Kami Membantah dengan Sekeras-kerasnya Atas Tindakan Brooke Menyerahkan Sarawak Kepada Kolonial Inggeris”
b. “Sarawak Adalah Hak Kami. Leburkan Kolonial”

iii. Penglibatan Kaum Wanita
• Wanita terlibat dalam demonstrasi penentangan
• Antaranya;
a. Kaum ibu PKMS diketuai Cikgu Lily Eberwein telah pergi ke kawasan pedalaman untuk mendapat sokongan & simpati orang Iban
b. Kaum ibu BPM seperti Puan Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah & Cikgu Ajibah Abol yang sanggup berkorban masa & tenaga

Tindakan Penentangan Rakyat Sarawak:
• British dapati golongan antipenyerahan daripada kalangan kakitangan kerajaan terutama guru Melayu
• Disember 1946 British keluarkan notis iaitu Pekeliling No.9
• Ia berkaitan amaran British kepada kakitangan kerajaan supaya tidak terlibat dalam gerakan antipenyerahan
• Ia menambahkan lagi kemarahan kepada British
• 2 April 1947 seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
• Sebahagian besar adalah guru Melayu
• Akibatnya 22 buah sekolah kerajaan terpaksa ditutup
• Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian & membantah pekeliling tersebut
• Kesan;
- berlaku tunjuk perasaan besar2-an setiap 1 Julai
- terbesar di Kuching pada 1 Julai 1947 disertai PKMS, BPM & PDS
- membantah pelantikan Gabenor Sarawak pertama iaitu Sir Charles Arden Clarke
• Penentangan bertambah hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) mengadakan perhimpunan yang dihadiri 250 orang perwakilan bumiputera seluruh cawangan BPM

Reaksi & Tindakan British:

i. Reaksi British Peringkat awal:
• Awalnya British anggap gerakan antipenyerahan bersifat sementara & tidak lama
• Anggapan British meleset kerana gerakan mendapat sokongan rakyat Sarawak
• Antara tindakan British;
a. British giatkan usaha untuk melemahkan gerakan dengan pecahbelahkan perpaduan kaum
b. British galakkan penubuhan Young Malay Association (YMA) yang sokong penyerahan Sarawak kepada British
c. British melaga2kan orang Melayu dengan orang Dayak supaya kedua2 bertelagah
d. British memburuk2kan pejuang gerakan antipenyerahan dengan menuduh perjuangan mereka hanya untuk kekalkan hak istimewa orang Melayu Sarawak sahaja
e. British persenda, hina & cemuh golongan antipenyerahan dalam majlis2 rasmi mereka
• Kesan-kesan;
a. Tahun 1947 gerakan antipenyerahan makin lemah akibat pelbagai propaganda British
b. Golongan muda BPM Sibu tubuhkan ‘Rukun Tiga Belas’ yang bercorak radikal – bersumpah hapuskan pemimpin Eropah & Melayu yang bersubahat
• Rosli Dhobi (anggota Rukun 13) ditugaskan membunuh Sir Duncan Steward iaitu Gabenor Sarawak ke-2 di Sibu
• Rosli Dhobi merupakan pejuang Rukun 13 yang sanggup berkorban diri untuk bebaskan tanah air
• Beliau menulis sajak dalam Utusan Sarawak menggunakan nama samaran Lidros iaitu bertajuk ‘PanggilanMu Yang Suci’

ii. Reaksi British Secara Kekerasan:
• 3 Disember 1949 Sir Duncan Steward melawat Sibu
• Beliau ditikam oleh Rosli Dhobi dengan sebilah pisau
• Seminggu kemudian Sir Duncan Steward meninggal dunia di hospital Singapura
• British bertekad gunakan kekerasan perangi golongan antipenyerahan
• Mereka yang didapati bersalah dihukum gantung sampai mati iaitu;
a. Rosli Dhobi
b. Awang Rambli Mohd Deli
c. Bujang Suntong
d. Morshidi Sidek
• Anggota Rukun 13 yang lain dipenjarakan
• British mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak
• Kesannya;
a. British berjaya lumpuhkan gerakan antipenyerahan
b. Awal 1950-an British kukuhkan kedudukan di Sarawak
c. British kekal berkuasa hingga tahun 1963

LANGKAH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK
• Antara langkah yang diambil;

i. Pentadbiran Sarawak Disusun Semula:
• Bermula tahun 1946
• Tujuan memudahkan pentadbiran Sarawak
• Sarawak terbahagi 5 bahagian
• Setiap bahagian diketuai seorang Residen British
• Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa daerah yang diketuai seorang Pegawai Daerah

ii. Pembentukan Majlis Tempatan:
• Dibentuk oleh British pada 1947
• Tujuan beri peluang kepada ahli2 dilantik ambil bahagian dalam pentadbiran tempatan
• Fungsi Majlis Tempatan;
a. Menguruskan pelajaran rendah
b. Bekalan air
c. Jalan raya
d. Kesihatan
e. Mengawal perbelanjaan
f. Mengutip cukai kepala & cukai2 lain

iii. Pindaan Ahli Majlis Negeri & Ahli Majlis Tertinggi;
• Jumlah ahli dipinda pada tahun 1956
• Pindaan berkuatkuasa mulai April 1957 dengan jumlah keahlian seramai 10 orang

PENUBUHAN PARTI POLITIK DI SARAWAK

• Tahun 1956 diperkenalkan Perlembagaan Sarawak
• Beberapa parti politik ditubuhkan sehingga tahun 1963, antaranya;

i. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP):
• Ditubuhkan pada 12 Jun 1959
• Diasaskan oleh Ong Kee Hui & Stephen Young
• Matlamat penubuhan;
a. Mewujudkan perpaduan & kesetiaan rakyat Sarawak
b. Menyatupadukan kaum di Sarawak

ii. Parti Negara Sarawak (PANAS):
• Ditubuhkan pada 9 April 1960
• Diasaskan oleh Datu Patinggi Abang Haji Mustapha
• Matlamat penubuhan;
a. Mewujudkan keharmonian kaum di Sarawak
b. Menuntut pendidikan percuma bagi sekolah rendah
c. Mempertingkatkan kedudukan politik, ekonomi & sosial bumiputera

iii. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP):
• Ditubuhkan pada 10 April 1961
• Diasaskan oleh Stephen Kalong Ningkan
• Tujuan penubuhan;
a. Perjuangkan hak & kepentingan orang Iban Sarawak
b. Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak

iv. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA):
• Ditubuhkan pada 4 Disember 1961
• Diasaskan oleh Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman
• Matlamat penubuhan;
a. Menuntut hak istimewa penduduk bumiputera
b. Pertingkatkan taraf hidup bumiputera Sarawak
c. Mewujudkan keharmonian rakyat
d. Selamatkan rakyat dari ancaman komunis
e. Menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan

v. Persatuan Cina Sarawak (SCA):
• Ditubuhkan pada Julai 1962
• Diasaskan oleh William Tan
• Matlamat – berusaha ke arah perpaduan orang Cina

vi. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA):
• Ditubuhkan pada Ogos 1962
• Diasaskan oleh Temenggung Jugah
• Matlamat – membantu orang Dayak mencapai perpaduan & menjamin hak dalam perlembagaan

PENUBUHAN PERIKATAN SARAWAK

• Perikatan Sarawak dibentuk pada November 1962
• Tujuan menghadapi pilihan raya tahun 1963
• Menang 138 kerusi
• Perikatan Sarawak terdiri daripada gabungan parti2 politik seperti;
a. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
b. Parti Negara Sarawak (PANAS)
c. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
d. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
e. Persatuan Cina Sarawak (SCA)

6.2 PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SABAH

Sabah Selepas Jepun kalah:
• Selepas PD2 Sabah ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British (PTB)
• PTB berusaha kembalikan keamanan & ketenteraman
• Pemerintahan PTB berakhir mulai 15 Julai 1945

SABAH DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN BRITISH

• Pada 26 Jun 1946 British tantdatangani perjanjian dengan SBUB
• Mengikut perjanjian, Borneo Utara menjadi tanah jajahan British mulai 15 Julai 1946
• Antara sebab Sabah diserahkan kepada British;
a. Desakan pelabur & pemodal Eropah supaya menjaga kepentingan
b. Mengeksploitasi sumber bahan mentah Sabah seperti kayu balak, kelapa kering, tembakau & hasil tradisional
c. Menjamin kedudukan & keselamatan British di Asia Tenggara kerana Sabah berada di tengah2 jalan perdagangan antara Singapura & Hong Kong
• Penyerahan Sabah tiada tentangan hebat penduduk tempatan
• Penentangan hanya dilakukan oleh waris Kesultanan Sulu yang anggap Sabah sebagai miliknya
• Pertubuhan yang ada di Sabah hanya berjuang perbaiki keadaan politik & ekonomi seperti;
a. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
b. Barisan Pemuda (BARIP)


LANGKAH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SABAH

• Bermula tahun 1950 langkah2 diambil oleh British untuk melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri
• Antaranya;

i. Memperkenalkan Perlembagaan Baru;
• Bermula tahun 1950
• Melalui Perlembagaan, Majlis Kerja & Majlis Undangan ditubuhkan
• Wakil2 anak negeri diberi peluang terlibat dalam pemerintahan negeri sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan
• Tokoh tempatan terlibat seperti;
a. Donald Stephens
b. Tun Datu Mustapha Datu Harun

ii. Mengadakan Pilihan Raya Majlis Tempatan;
• Bermula tahun 1952
• Tujuan untuk memilih perwakilan secara demokrasi

iii. Pindaan Perlembagaan;
• Bermula tahun 1960
• British pinda perlembagaan
• Tujuan menambah jumlah pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan
• Semua ahli dilantik bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi oleh Gabenor British

iv. Pilihan Raya Majlis Undangan:
• Diperkenalkan tahun 1962


PENUBUHAN PARTI POLITIK DI SABAH

• Banyak parti politik di Sabah muncul selepas pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman
• Banyak parti politik ditubuhkan dalam tempoh 15 bulan selepas itu
• Antara parti politik Sabah sebelum 1963;

i. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO):
• Ditubuhkan pada 23 Disember 1961
• Diasaskan oleh Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
• Matlamat penubuhan;
a. Perjuangkan hak kaum Bumiputera Muslim
b. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
c. Perjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi
d. Menukar nama Borneo kepada Sabah

ii. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO):
• Ditubuhkan pada Ogos 1961
• Diasaskan oleh Donald Stephens atau Tun Fuad Stephens
• Matlamat penubuhan – menjaga kepentingan & memelihara hak orang Kadazan Dusun

iii. Persatuan Cina Sabah (SCA):
• Ditubuhkan pada Oktober 1962
• Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew & Peter Chin
• Merupakan gabungan 2 buah parti iaitu Parti Bersatu & Parti Demokratik
• Matlamat penubuhan – melindungi hak orang Cina

iv. Pasok Momogun:
• Ditubuhkan pada Januari 1962
• Diasaskan oleh Orang Kaya2 Sedomon & G.S. Sundang
• Matlamat penubuhan – melindungi kepentingan penduduk di kawasan pedalaman Sabah


PENUBUHAN PARTI PERIKATAN SABAH

• Tujuan penubuhan Parti Perikatan Sabah untuk ambil bahagian dalam pilihan raya tahun 1962
• Parti perikatan sabah mendapat kejayaan cemerlang
• Antara parti politik terlibat;
a. UNKO
b. USNO
c. SCA
d. Pasok Momogun

0 ulasan:

Design of Open Media | Source: Natural Blogger Template Download Created simple by Wedding Cards Singapore.